Oppss..iklan jap

Thursday, February 16, 2012

Jom Kempiskan Perut^^

Haiyaa...dah sampai musim demam+selsema ni leceh betul la. Macam lari berganti2 plak ambik giliran, mula2 anak sulong aku demam+selsema, pastu adiknye, pastu aku plak & semalam ayahnye dah mula macam nak demam....hehe, aku dah melalut. Kalau tak berenti alamat ke laut la post entri ni.

Hari ni aku terbaca 1 artikel kat Yahoo! pasal cara2 mudah nak kempiskan perut. Aku rasa ramai yg teringin nak kembalikan perut masing yg dah kembang esp. yg lepas melahirkan anak ke-2 ke atas. So, aku share la kat sini. Jom la kita sama2 try buat mana yg bersesuaian dgn lifestyle masing2. FYI, semua cara2 ni diaorg dah buat kajian keberkesannya tau.

1. Jalan laju2
~yg ni masa bujang2 dulu hampir hari aku buat on d way gi keje (pasal slalu lambat...hehe). Tapi mmg berkesan cos masa tu aku kuat makan tapi badan maintain jer sampai budak ofis aku pun jeles (sbb diaorg jaga susah2 jaga makan sbb nak jaga badan)
~Kalau korang still keje boleh la jalan laju2 dari parking lot ke ofis ye. Yg dok umah macam aku boleh pusing2 kat kejiranan korang 2-3 kali seminggu selama 30 minit. Ingat ye, mesti laju2 sampai korang setakat boleh cakap 2-3 patah pktn je setiap langkah.

2. Berdiri atas satu kaki
~menarikkan bunyinya. Macam tak caya je cara ni boleh hilangkan kalori. Since cara ni mudah & tak perlu keluarkan RM$ dari poket so apa salah kita cuba kannnn...
~rupa2nya cara ni selain dari membantu mengempiskan perut ia turut menguatkan otot2 kita sebab bila kita berdiri atas satu kaki je maka badan kita akan kurang stabil. Oleh itu secara semulajadi badan kita akan mengerahkan otot2 utama badan kita untuk bertugas serentak bagi mengelakkan kita dari jatuh.
~Kalau nak lagi dahsyat, kaki yg diangkat tu boleh dibuat pelbagai gerakan. Ataupun cuba pegang apa2 beban yg tak terlalu berat semasa bersiri sebelah kaki tu.

3. Pastikan tidur mencukupi 7-8 jam sehari
~Kalau bersenam macam org gile tapi tak cukup tido tak guna jugak.
~ni fakta kajian "In a 6-year study, Canadian researchers found that adults who averaged just 5 or 6 hours of shut-eye a night were 35% more likely to gain 10-plus pounds and were nearly 60% heavier around the middle than those who slept 7 to 8 hours."

4. Minum Teh Hijau
~aku pernah minum masa study kat UUM dulu je...hehe
~Teh Hijau ni memang bagus utk kulit & turut membantu dalam melawan kanser. Dan terkini hasil kajian menunjukkan ia turut membantu mengurangkan lemak perut.
~ni fakta kajian "A recent study in the Journal of Nutrition found that exercisers who drank the equivalent of about 4 cups of green tea a day for 12 weeks lostover 8 times more ab fat than those who drank an ordinary caffeinated beverage--nearly 8% versus less than 1%. Researchers speculate that catechins (phytonutrients in green tea) may help speed the breakdown of fat."

Sebenarnya ada lagi cara2 yang aku tak cerita kat sini. Aku cuma share kat sini cara2 yg aku rasa paling mudah untuk kita sama2 praktikkan (dan aku pun berminat nak buat cara2 ni je...maklum la.ada penyakit M.A.L.A.S.)

Kat bawah ni plak aku nak share pada korang yg rajin nak buat senaman rutin. Ni aku dapat dari "Dr. Oz's 7-Day Belly Workout". Kalau korang perasan senamannya berbeza bagi setiap hari. Tujuannya supaya otot kita konfius dan adjust pada stail senaman pada hari tersebut supaya lebih kalori yg terbakar (Aku pun tak berapa faham sebenarnya..haha)


Selamat Mengempiskan Perut..HOHOHO...

No comments:

Post a Comment

Aku yg kemaruk lagu KOREA...ngeh3

(Ini Post melekat)----Nak blog anda di REVIEW tak?

Tetiba rasa rajin plak nak buat review blog pasal aku memang rajin gak menyibuk terjah blog org lain. Kalau korang nak aku review blog korang dun wori, FREE jer (buat masa ni la...heh3). Just buat sume step ni:-

1- Follow blog ni.
2- Tinggalkan komen kat ChatBox blog ni kata nak minta review blog. Nak email pun boleh kat nor_az7880@yahoo.com
4-Lepas blog direview sila buat post entry di blog anda dgn link review yg telah dibuat utk link blog anda di letakkan di dalam Senarai Blog Yg dah diReview di tab bhgn atas blog KaMi ini
(jika tiada post entry yg dibuat diblog anda maka hanya nama blog akan diletakkan di dalam senarai tanpa link blog anda)