Oppss..iklan jap

Tuesday, April 24, 2012

Syiling2ku yg Berjasa^^

Siapa kata syiling takde power....ada wooo. Masuk semalam dah 3x syiling2 jadi penyelamat. Bukan penyelamat cam superhero tu...penyelamat poket daa. Hubby aku kalau dapat syiling je mesti tinggal bersepah atas meja makan, pastu malas nak amik balik. Rimas punya pasal aku amik tin Nestum anak aku yg dah kosong & tebuk penutupnya jadik la tabung.
Betul la pepatah kata "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Bila hujung bulan kadang2 duit belanja tak cukup, gaji hubby lak lagi 2-3 hari baru masuk. Nasib ada syiling 50sen dah lebih 1/2 tin penuh, dapat cover. Kali ke-2 plak dapat tukar dgn wang kertas pasal akak yg meniaga pisang goreng+kuih muih kat kawasan perumahan aku mintak tukar. Alkisahnya akak tu tengok 2-3hari dah laki aku bayar kat dia guna duit syiling. Dapat le RM15++.
Baru 2hari lepas sama gak. Tapi kali ni tokei kedai runcit plak mintak tukar pasal laki aku beli brg kat kedai dia bayar guna syiling je. So petang tu kitaorg keluarkan semua syiling yg ada 50sen,20sen,10sen & 5sen....dapat tukar RM30. Memang la hebat.
Betul gak ada lagu kartun yg anak aku selalu tengok kat channel Nickelodeon...tajuk & liriknye aku tak ingat tapi mesej lagu tu kata simpan sikit duit utk perkara yg tak dijangka. Aku plak yg menghayati lagu tu...anak aku suka dengar je, pahamnye idak^^
ni bukan syiling aku...aku jumpa pic ni kat google^^

No comments:

Post a Comment

Aku yg kemaruk lagu KOREA...ngeh3

(Ini Post melekat)----Nak blog anda di REVIEW tak?

Tetiba rasa rajin plak nak buat review blog pasal aku memang rajin gak menyibuk terjah blog org lain. Kalau korang nak aku review blog korang dun wori, FREE jer (buat masa ni la...heh3). Just buat sume step ni:-

1- Follow blog ni.
2- Tinggalkan komen kat ChatBox blog ni kata nak minta review blog. Nak email pun boleh kat nor_az7880@yahoo.com
4-Lepas blog direview sila buat post entry di blog anda dgn link review yg telah dibuat utk link blog anda di letakkan di dalam Senarai Blog Yg dah diReview di tab bhgn atas blog KaMi ini
(jika tiada post entry yg dibuat diblog anda maka hanya nama blog akan diletakkan di dalam senarai tanpa link blog anda)