Oppss..iklan jap

Sunday, November 27, 2011

My Story of the Day!ooppss....of Yesterday =D

botol hampeh!!!
Hantu punye botol arak cap rimau nih...abis meletup 1 tayar keta aku. Lain kali klu nk teguk air haram tu pandai2 le buang botolnye dgn cara yg bertamadun sket...jgn le pakai campak je kt jln raya. Kalau aku tau sapa punye keje mmg ko kena bayar duit ganti tayar keta aku. Dah la tayar skang mahal bebeno.
Nak dijadikan citer, semalam aku 1family bertolak dr kampung hubby kol 4.00ptg. Biasanye lepas maghrib baru bertolak tapi semalam awal sket pasal nak tengok game Malaysia VS Bahrain mlmnye. Ada la dlm 1/2jam dari rumah mentua aku tetiba "BOOM"...eh, amende tu bang? kata aku pd hubby aku. Dia plak terus ke tepi jalan. Hantu! katanya. Rupanye hubby aku dah terlanggar 1 botol TIGER. Lebih sejengkal koyak tayar kete. Masa kat uamh mentua td hujan lebat, nasib baik kat situ x hujan dah. Nasib baik jugak 1 tayar je yg jahanam, kalau 2 mamposss. Lagi satu nasib baik siang lg, senang sket hubby aku nak tukar tayar. Kalau bertolak lepas maghrib td konpem skrg dah gelap. Lepas selesai tukar tayar kitaorg teruskan perjalanan & masuk zon hujan balik.....nasib baik bukan kena kat situ kalau tak lencun+kuyup hubby aku tukar tayar. END OF CITER BALIK DR KAMPUNG.

No comments:

Post a Comment

Aku yg kemaruk lagu KOREA...ngeh3

(Ini Post melekat)----Nak blog anda di REVIEW tak?

Tetiba rasa rajin plak nak buat review blog pasal aku memang rajin gak menyibuk terjah blog org lain. Kalau korang nak aku review blog korang dun wori, FREE jer (buat masa ni la...heh3). Just buat sume step ni:-

1- Follow blog ni.
2- Tinggalkan komen kat ChatBox blog ni kata nak minta review blog. Nak email pun boleh kat nor_az7880@yahoo.com
4-Lepas blog direview sila buat post entry di blog anda dgn link review yg telah dibuat utk link blog anda di letakkan di dalam Senarai Blog Yg dah diReview di tab bhgn atas blog KaMi ini
(jika tiada post entry yg dibuat diblog anda maka hanya nama blog akan diletakkan di dalam senarai tanpa link blog anda)